Pada pagi Khamis 10/3/2022, saya dimaklumkan bahawa JPS sekolah telah mengeluarkan senarai jadual subjek apa yang kami semua guru-guru akan mengajar bagi sesi persekolahan 2022-2023
Dalam hati ada rasa takut, seram, gembira, dan sebagainya.
Sebaik sahaja saya klik link di Digital Click, saya skrol dan cari initial nama saya sendiri, perlahan-lahan saya perhatikan subjek apa yang bakal saya ajar dan kelas apa yang terlibat.
6ABS - MT & RBT/ICT
4UAF - RBT/ICT
4UAK - MT
1IM - SC & Mentor
Jumlah semuanya 27 masa sahaja. Syukur Alhamdulillah!
Selepas dapat saja jadual guru subjek mengikut kelas ini, saya terus rasa teruja dan bersemangat, tak sabar nak mula bertugas, rasa excited nak jumpa murid-murid di sekolah rendah tercinta~ (padahal murid-murid akan naik sekolah 20 Mac 2022 nanti. Lama lagi tu~)
Cuma kami guru-guru akan bertugas 1 minggu awal sebab kita ada pelbagai mesyuarat dan taklimat awal sebelum betul-betul berhadapan dengan askar-askar kecil yang ada macam-macam karenahnya.
Ok, itu saja perkongsian pada posting kali ini. Until next time~