Pada hari Sabtu 26 Februari 2022 yang lalu, semua guru SRIH perlu hadir ke Dewan Tabuk sempena mesyuarat guru akhir tahun (sesi 2021-2022)
semua amalan yg kita buat, sbg bekalan utk dibawa ke alam seterusnya. hadis: 3ikut, 2 balik, 1 kekal
Maka kami pon berbondong-bondong berjalan kaki ke Dewan Tabuk yang berada di atas bangunan nurseri hidayah.
Alhamdulillah pagi tersebut ada sarapan disediakan terus di atas meja. Semua guru perlu pilih meja sendiri dalam keadaan meja jarak 1 meter dengan orang sekeliling. Alaa... macam murid-murid duduk waktu jawab peperiksaan tu..
Antara poin-poin penting yang saya sempat taip nota di notion ialah seperti berikut:-
KEBITARAAN
- pengucapan awam
- seni pertahanan diri
- hafazan & tilawah
nilai tmbh pendidikan murid
- pembelajaran modular
- PBL
- penggunaan ipad 36pcs
- ke arah Kelas Digital
tujahan gemilang srih (rajah rumah dgn 6tiang)
- staf cemerlang
- murid cemerlang
- biah solehah
- prasarana lestari
- perkongsian pintar
- penyampaian berprestasi tinggi
- reputasi
{ مَن جَآءَ بِٱلۡحَسَنَةِ فَلَهُۥ خَيۡرٞ مِّنۡهَاۖ وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجۡزَى ٱلَّذِينَ عَمِلُواْ ٱلسَّيِّـَٔاتِ إِلَّا مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ } [Surah Al-Qasas: 84]
Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya; dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.
=====
pengucapan awam: 3 bahasa (refer file word kertas kerja)
- 2 masa utk setiap bahasa setiap minggu
- ada pengukuhan (pertandingan)
=====
PBL
- bljr prinsip, konsep, dan bljr guna maklumat dlm pelbagai situasi
- setiap kelas ada 2 projek ikut 2 semester
- gabung 2subjek dlm 1 projek utk tempoh 3bulan (math+eng) (sains+aqidah)
- setiap kelas jalankn projek yg berbeza, rotate ikut bulan dan subjek
=====
Subjek IT
- kembangkan bakat kemahiran dlm ICT
- tahap 2 ada 4 masa seminggu
- guna silibus RBT/TMK
Kemudian, sekitar pukul 9:28am, GB beri peluang kepada semua guru untuk ambil mic wireless dan berkongsi sepatah dua, boleh nak beri komen, nak tanya pendapat, nak bagi idea dan cadangan penambahbaikan, anything can~
Selepas itu, sesi taaruf bersama guru-guru yang baru join pendidik. Antaranya:-
- Nur Ainun Najla (ANJ)
- Zahiruddin Abd Kadir (ZAK)
- Nur Kaisah Mustafa (NKM)
- Farhana Nazar (FN)
- dan beberapa guru lagi yang tak sempat salin namanya
Saat yang paling dinanti-nantikan ialah ....
pengumuman jawatankuasa guru sesi 2022
Pada waktu ni, GB memang banyak selitkan unsur saspens, debaran, kejutan, dan ada juga unsur jenaka. Haha..
Tepat jam 12 tengah hari, maka dipaparkanlah pada skrin LED di depan tu, carta organisasi yang ada semua nama guru berserta jawatan dan unit apa yang kita akan terlibat
Saya pon cari initial nama saya sendiri (buat apa nak cari nama orang lain kan? hehe.. )
Tiba-tiba saya ternampak ....
.
.
.
initial nama saya berada di S/U PANITIA MATEMATIK (KP masih dipegang oleh AZR)
and I was like "oh no..." but at the same time "alhamdulillah" 😇
Ok lah, dah itu yang JPS tetapkan, saya terima dengan hati yang paksarela 😂
Moga-moga dengan jawatan yang diterima ini, menjadikan kita manusia yang lebih berguna dan bermanfaat untuk ummah insyaAllah.