Pada 1 Januari 2020 yang lalu, saya sempat buat slot perkongsian dengan guru2 di sekolah saya tentang cara nak hantar ERPH guna #GoogleClassroom
Slot kursus patutnya mula 2.45 hingga 4.30pm, tapi sebab semangat punya pasal, saya dah ada di Dewan Mesyuarat Hudaibiyah pukul 2.15pm lagi.. (nervous sebenarnya nak cakap depan ramai cikgu senior yang lain.. Haha.. )
Alhamdulillah, ramai juga yang hadirkan diri untuk menuntut ilmu.. Padahal baru first day persekolahan, tapi mereka sanggup stay back untuk belajar benda baru.. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada guru2 yang komited hadir awal.. 👍
Saya pon mulakanlah sharing, beritahu benda google classroom ni senang je, tak susah mana pon, semua orang boleh buat
Sebelum mula kursus, saya dah buat group telegram siap2, kemudian bagi nota supaya guru2 yang lain boleh study dulu, nanti waktu kursus boleh terus praktikal je.. so ni link yang saya share dengan mereka (( http://gg.gg/nota-join-gclassroom ))
4 LANGKAH SIMPLE UNTUK HANTAR ERPH GUNA GOOGLE CLASSROOM
=====
First step- pergi classroom.google.com
Second step- masukkan class code
Third step- tunggu ada assignment masuk
Last step- attach file yang cikgu2 dah taipkan, kemudian klik TURN IN
Saya pon tak sangka kursus ni boleh habis awal.. So guru2 yang cepat follow tu bolehla balik awal berehat bersama keluarga masing2.. Tapi saya tunggu lagi di situ untuk menjawab sebarang persoalan guru2 yang perlukan bantuan
Alhamdulillah.. Great start of this year..
InsyaAllah team google classroom SRIHJB akan mula hantar erph mulai KHAMIS depan.. sekarang saya tengah tunggu slot perkongsian dengan kumpulan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah (JPS) pula..
Mudah-mudahan ada sinar cerah di hujung jalan sana 😄