Aktiviti Awal Tahun Murid Tahun 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dalam post kali ni cikgu nak kongsikan 1 aktiviti yang cikgu rasa WAJIB buat kepada semua murid2 tahun 1 yang baru masuk ke alam persekolahan sekolah rendah.. Nak tahu apa aktivitinya? Teruskan membaca 😄

1) Guru perlu fotostat helaian kertas dengan bilangan kuantiti yang mencukupi untuk semua murid dalam kelas tersebut

2) Guru kelas / guru mentor perlu beri galakkan murid bercakap di awal pagi.. boleh tanya soalan2 simple seperti "cuba angkat tangan siapa yang solat subuh pagi tadi? siapa yang dah sarapan sebelum datang sekolah? awak makan apa sarapan pagi tadi?" dan sebagainya

3) wujudkan unsur surprise dengan memberitahu murid, "jangan terbalikkan / buka kertas yang cikgu letak atas meja ni, kena jujur, Allah Maha Melihat" dan guru boleh edarkan kertas kepada semua pelajar

4) bila semua dah ready, minta kerjasama semua murid terbalikkan kertas helaian tadi bersama2 dan tambahkan sound effect bunyi biar mereka excited.. haha! 🤩

5) guru boleh tunjukkan contoh pada papan putih. Murid perlu tuliskan hari, nama & tarikh di bahagian atas helaian kertas itu. 

6) ini part paling penting! murid perlu tuliskan 10 nama rakan mereka yang berada dalam kelas yang sama mengikut ejaan yang betul.

macam mana nak buat? murid memang perlu bercakap, bertanya & berkomunikasi dengan rakan2 mereka di sebelah kiri / kanan / depan / belakang

ikut kepada kreativiti murid & guru juga.. boleh suruh murid salin nama kawan tu dengan merujuk pada nametag yang ada di baju murid.. boleh juga suruh mereka salin nama yang ada pada pencil case / buku / beg murid.. macam2 cara boleh.. yang penting, beri murid masa & ruang untuk break the ice, mingle around sesama mereka, siapkan tugasan yang diberi..

pada masa ni, guru yang prihatin dan peka dah boleh perasan, akan ada murid yang ada masalah malu, tak nak bercakap dengan siapa2, tulisan buruk / huruf terbalik2 dan macam2 lagi..

let them have fun.. let them explore..
tugas kita sebagai cikgu, bantu mereka, pantau saja, jangan streskan murid, relax2 sudah la.. hehe.. 😀

bila murid2 dah berjaya tulis 10 nama rakan mereka, boleh lah suruh mereka untuk warnakan helaian kertas tu.. untuk yang lelaki, boleh guna kartun boboiboy ke ejen ali ke, yang perempuan boleh guna cartoon frozen ke princess ataupon guna yang muslimah sikit ana muslim ke.. apa2 je boleh.. 

bila mereka dah siap semua sekali, cikgu2 bolehla snap2 sikit ambil gambar ke video jadikan evidence, bahan bukti yang cikgu ni seorang guru tahun 1 yang fun dan happy go lucky ☺️ nanti bila mereka dah tahun 6, boleh tunjuk balik gambar2 mereka waktu darjah 1 dulu.. sure kelakar! hehe..

mudah-mudahan dengan perkongsian aktiviti ini, dapat membantu guru2 tahun 1 supaya lebih seronok datang sekolah awal tahun dan tak blank apa nak buat dengan murid di kelas tahun 1

Jika post ini bermanfaat, silakan SHARE! -CikguTawfiq.com-
Previous Post Next Post