Dalam post kali ni, saya nak share dengan semua 5 sebab kenapa anda semua perlu ada blog sendiri.

Sebelum saya lupa, ni saya nak kepilkan beberapa statistik tentang pengguna di Internet
Hari demi hari, teknologi dan kemajuan semakin ke hadapan, amatlah rugi jika cikgu2 dan murid2 semua masih berada di takuk yang lama
Kalau dulu, nak dapat handphone sangatlah mustahil, hanya orang betul2 kaya je boleh guna
Tapi sekarang ni, budak sekolah rendah pon ada IPHONE.
Memandangkan semuanya dah mudah dan senang, apa kata kita gunakan teknologi INTERNET ini untuk kebaikan bersama
So berbalik ke tajuk utama tadi, cikgu nak share apa dia kelebihan ada blog sendiri, dah ready?
- Penyebaran maklumat yang efektif dan efisyen - cikgu nak kongsi ilmu math & sains, taip je kat laptop (dekat JB) tapi satu dunia boleh baca dan belajar sesuatu, power kan?
- Ramai orang mudah kenal & ingat kita - bila cikgu2 share ilmu dan tips yang best di blog, akan ada ramai orang yang akan baca, bila mereka suka, confirm mereka akan datang blog anda dan baca lagi dan lagi
- Blog sentiasa ada 24 jam - bukan macam manusia, blog ini benda bukan hidup, bila kita dah post sesuatu, maklumat tu ada je di internet untuk dibaca orang ramai, bila ada murid tengah2 malam nak cari info, sure dia boleh baca tanpa masalah
- Kos yang minima untuk mulakan blog - tahukah anda nak start buat blog ni PERCUMA? bukannya kena bayar ribu2 pon. Kalau tak reti, BELAJAR!
- Saham akhirat terbaik - buat cikgu yang pentingkan saham akhirat, dengan adanya blog sendiri, anda dah pon membina sebuah "sungai ilmu" yang akan mengalir manfaatnya selagi mana orang baca, insyaAllah cikgu2 akan dapat pahalanya
So harapnya lepas baca post ni, cepat2 lah korang semua buat blog sendiri ya
Kalau berminat nak cikgu tawfiq tolong, boleh taipkan di ruangan komen
Jika post ini bermanfaat, silakan SHARE! -CikguTawfiq.com-