
Dalam post sebelum ni, cikgu tawfiq dah ajar anda semua 3 step mudah untuk buat blog sendiri, betul?
Boleh KLIK SINI (update url) jika anda masih belum reti macam mana nak buat blog. Check it out~
=====
So, dalam post kali ni, saya nak share tentang point2 penting yang anda perlu tahu dalam blogger.com
Apa yang perlu anda buat, apa perlu setting, apa jangan ubah, apa yang tak perlu tahu langsung dan sebagainya
=====
Selepas anda ada blog sendiri, perhatikan di bahagian kiri page, akan ada banyak tab macam dalam gambar bawah ni
Anda cuma perlu kacau dan godeh2 tab yang cikgu tawfiq tandakan tu je
- posts
- pages
- layout
- theme
- settings
Selain daripada tu, boleh ignore dan lupakan je.
Kenapa? sebab belum penting lagi buat masa permulaan ni
Ok, kita tengok satu per satu
- tab POST - di sini adalah tempatnya koleksi blog post.. kalau di facebook, kita akan update status, tapi di blogger, kita akan add new blog post.. boleh view, edit, delete, ikut suka la ok?
- tab PAGES - dekat sini anda boleh tunjukkan halaman yang totally berbeza dengan yang post tadi tu.. kalau post akan bersambung-sambung, tapi kalau pages dia seketul-seketul..
- tab LAYOUT - anda klik dekat sini, dan anda boleh adjust susun atur blog anda ikut preference.. kalau nak tambah gadget kat tepi2 tu pon boleh pilih di sini
- tab THEME - inilah bahagian yang paling variable sekali anda boleh godeh2.. lain orang lain citarasanya.. ada yang suka warna terang, ada yang suka font besar-besar, ada yang nak fancy-fancy, ada yang nak macam professional.. everything is possible, anda cuma perlu rajin explore saja
- tab SETTINGS - di bahagian ini anda perlu adjust yang penting2 saja, kalau anda dah baca tapi still tak faham, biarkan je, jangan diusik
So, thats about it. Harapnya benda-benda simple macam ni akan buatkan cikgu2 lebih berani untuk explore dan learn new skills dalam bidang Information Communication & Technology (ICT)
Jika post ini bermanfaat, silakan SHARE! -CikguTawfiq.com-