Cara Save Jadual Kelas Dalam Phone Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dalam post kali ni, saya nak share ada 1 cara bagaimana cikgu2 boleh save jadual waktu peribadi kita dalam smartphone masing-masing supaya mudah nak rujuk sentiasa..

Ada orang suka jenis tengok gambar jadual dekat gallery phone, ada yang save dalam group tertentu, ada juga yang save gambar jadual tu sebagai wallpaper phone.. Tapi apa yang saya nak kongsi ni special sikit.. Teruskan membaca~

Cikgu boleh pergi ke google playstore, search "TIMETABLE"
Install apps yang atas sekali tu, ada icon kotak warna warni.. 
Developer apps tu nama "Gabriel Ittner Apps UG"


Lepas dah install, boleh open apps tersebut akan jumpa screen macam gini (lebih kurang kot)
Pada mulanya jadual tu akan kosong saja, kita la yang perlu mengisinya satu per satu

Macam mana nak masukkan jadual kita dalam apps ni?
Klik icon + di penjuru atas kanan tu

Boleh masukkan nama subject (SC), boleh pilih warna apa yang kita nak set untuk subjek tu, taipkan place / nama kelas (1ANS)

Kemudian scroll ke bawah sikit, dia bagi pilihan untuk hari apa, mula pukul berapa & habis pukul berapa

Kemudian slide enable bahagian "Batch Mode" supaya kita boleh masukkan terus kelas subjek yang sama tapi pada masa & hari yang berlainan.. 

Lepas dah siap, klik SAVE di penjuru atas kanan..
Ulang semula untuk semua kelas yang kita ada mengajar sepanjang minggu

Selepas dah siap isikan semua, cikgu akan dapat hasil yang lebih kurang macam gambar di atas ni.. Nampak lebih menarik dan colourful kan? 

Selepas kita siap isi jadual waktu kita, adalah lebih elok kalau cikgu explore sikit bahagian setting apps ni.. 

Pergi ke icon hamburger / 3 line bertingkat di penjuru atas kiri > Settings

Boleh go through sikit bahagian GENERAL


Kemudian di bahagian NOTIFICATIONS
boleh slide enable bahagian atas tu, tick pada kotak "Lesson Notification"
boleh set 5 minutes before lesson

tujuannya supaya handphone kita nanti akan dapat notification 5 minit sebelum nak masuk ke kelas yang seterusnya

ni contohnya dia akan keluar di notification handphone cikgu nanti.. kelas saya pukul 11:40, tapi 11:35 dia dah bagi peringatan, sudah tentu kita boleh ready awal

Last tips! Boleh juga ADD WIDGET apps timetable ni di home page handphone cikgu

Semoga dengan adanya apps timetable ni, kita boleh jadi cikgu yang lebih peka dan tepati masa, boleh bersedia awal ready tunggu di luar kelas dan tidak ada la jadi kes murid bergaduh waktu guru lambat masuk kelas.. 


Jika post ini bermanfaat, silakan SHARE! -CikguTawfiq.com-
Previous Post Next Post