assalamualaikum
saya baru lepas update telegram apps sebentar tadi, so telegram ada feature baru yang agak menarik
tajuknya POLLING 2.0
apa yang menarik dengan polling 2.0 ni?
kalau anda nak tahu, sebelum ni telegram dah sediakan fungsi untuk buat survey poll, tapi versi basic, maksudnya kita tak boleh tahu siapa vote pilihan jawapan apa
tapi dengan adanya update latest ni, sekarang kita boleh tahu keputusan penuh survey siap dengan nama siapa undi apa
lets check it out tutorial di bawah~
=====
polling versi 1.0 (dah ada as of 26 december 2018)
taipkan soalan pada ruangan Question dan pilihan jawapan pada ruangan Poll Options, lepas dah siap, klik icon ✓ di penjuru atas kanan
cuma masalahnya kita tak tahu siapa yang undi pilihan yang mana, kita hanya tau berapa ramai yang undi sesuatu pilihan jawapan saja
1) retract vote = tarik semula undian, macam nak tukar pilihan jawapan la gitu
2) stop poll = hentikan polling supaya takde orang boleh undi lagi lepas tu
3) pin = supaya polling tu dapat notifikasi direct dalam group tersebut
======
polling versi 2.0 (dah ada as of 24 Januari 2020)
-slide ke kanan utk enable kalau kita taknak tau siapa yg dah vote
-slide ke kiri utk disable kalau kita nak tau siapa yg dah vote
boleh juga testing option yg lagi dua tu
-multiple answer = orang lain boleh jawab lebih dari 1 pilihan jawapan
-quiz mode = soalan kita boleh jadi macam quiz, hanya ada 1 pilihan jawapan yang betul
selepas dah ada beberapa orang yang vote pada polling tu, boleh klik "View Results" dan lihat peratus & bilangan berapa ramai yg vote sesuatu pilihan jawapan
lepas ni tak perlu lagi buat google form & sesuai buat polling jenis simple ni seperti:-
-survey tarikh meeting mana yg ramai available
-survey menu makanan apa yg digemari ramai
-survey tajuk kursus apa yg ramai org berminat nk bljr
-and many more
Jika post ini bermanfaat, silakan SHARE! -CikguTawfiq.com-