IKLAN TAK SENONOH boleh muncul secara tiba-tiba di 2 kawasan yang dibulatkan dalam gambar di bawah.. jika anda sedang ingin berkongsi video sewaktu PDPC dalam kelas, bagaimanakah reaksi murid-murid anda? bagaimana pula kalau situasi yang sama berlaku sewaktu meeting bersama guru-guru yang lain?

Dalam post kali ni, saya nak kongsikan 1 masalah yang biasanya berlaku dalam kelas, terutamanya kepada cikgu-cikgu yang suka tayang video youtube untuk tontonan murid-murid, mahupon sewaktu presentation dalam bengkel atau dalam mesyuarat-mesyuarat tertentu
untuk elakkan situasi sebegini berlaku, saya amat mengesyorkan semua pendidik agar mengambil langkah mudah sebagai langkah PREVENTION / berjaga-jaga
>> install AD BLOCK PLUS CHROME pada komputer / laptop anda
=====
macam mana caranya nak install benda tu?
mudah je.. sila ikuti 3 langkah mudah berikut
1) buka google chrome browser, taipkan di omnibox, "ad block plus chrome" hingga jumpa page seperti berikut

pastikan link URL yang berwarna hijau dimulakan dengan https://chrome.google.com/
2) klik button ADD TO CHROME dan tunggu sebentar, kemudian akan muncul 1 popup, click saja ADD EXTENSION

3) tunggu file untuk download, kemudian akan auto install.. mungkin akan mengambil masa kurang 1 minit untuk siap kerana saiz failnya agak kecil.. tunggu sehingga keluar page window seperti berikut untuk menandakan proses install AD BLOCK PLUS sudah selesai

kalau cikgu-cikgu dah jumpa page berikut, maka tamatlah sudah riwayat semua iklan-iklan selepas ini.. saya gerenti CONFIRM 99% anda tidak akan jumpa lagi iklan2 pelik sewaktu play video di youtube.. kalau tak percaya, jom kita check, buka youtube.com dan cuba play mana2 video..

ada jumpa iklan lagi ke? hehe..
hati lebih senang.. fikiran lebih tenang..
Jika post ini bermanfaat, silakan SHARE! -CikguTawfiq.com-